Author Topic: pendidikan khas  (Read 7684 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline MELATI

  • Ahli Baru
  • *
  • Posts: 6
    • View Profile
    • Email
pendidikan khas
« on: October 21, 2009, 12:33:15 PM »
ingin tujukan pada sek pendidikan khas di seri mendapat dan sek dang anum.alah maklum baru belajar dan masuk pdknet.

Offline izan

  • Ahli Baru
  • *
  • Posts: 14
    • View Profile
    • Email
Re: pendidikan khas
« Reply #1 on: October 21, 2009, 04:48:44 PM »
Salam buat Melati

Bagus juga didedahkan IT ini kepada pelajar dari Sek Pendidikan Khas. Dapat idea mengajar pelajar dengan lebih baik untuk mendekatkan diri mereka dengan IT

Offline mutiara

  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 527
    • View Profile
    • PDK MUTIARA WP LABUAN
Re: pendidikan khas
« Reply #2 on: April 15, 2010, 03:42:18 PM »
CIRI - CIRI ANAK BEKEPERLUAN PENDIDIKKAN KHAS.

1. Tidak dapat mengenalpasti, memahami atau membezakan perkara asas berdasarkan kategorinya. contohnya anjing, kucing, ayam adalah haiwan, seluar, baju, stokin adalah pakaian, merah, biru adalah warna dll.
2. Tidak dapat berkomunikasi dgn baik. Penyebutan patah perkataan tidak jelas, sukar utk mencari perkataan yg mengekspresikan perasaanya/kemahuannya.
3. Sukar memahami / memberi respon kepada dua atau lebih arahan dalam satu masa. Cth, Ikmar ambil pemadam itu dan berikan kepada cikgu... Ambil pemadam 1 arahan, berikan kpd cikgu arahan ke 2.
4. Tiada perasaan. Tidak menunjukkan keterujaan, ingin tahu, keseronokan dalam kebanyakan perkara atau situasi.
5. Sukar untuk memegang benda-benda kecil, membutang baju.
6. Sukar mengawal diri apabila marah atau kecewa.
7. Sukar memegang pensel dan gunting dengan betul.
8. Sukar melakukan aktiviti memanjat, membaling-menyambut bola, menendang-menahan bola, berbasikal, melompat, berjalan lurus atau berlari.
9. Sukar memberi fokus pd satu-satu perkara.
10. Mengelak untuk berinteraksi dgn org lain. tidak mahu berkawan.
11. Bermasalah dalam pengurusan diri seperti mencuci tangan, memakai baju dan membersihkan diri selepas membuang air besar/kecil.
*****Ciri-ciri ini adalah secara general saja. Biasanya berlaku pada usia yang tidak sepatutnya. Contohnya anak sudah berumur 6 tahun namun kemahirannya masih pada tahap umur 3 tahun.

APA YANG PERLU DILAKUKAN.......

1. Berjumpalah dengan doktor pakar untuk pastikan samada anak itu betul2 bermasalah atau sebaliknya. Ini perlu bagi menentukan anak itu ada masalah pembelajaran atau pendengaran atau kedua-duanya.

Offline mutiara

  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 527
    • View Profile
    • PDK MUTIARA WP LABUAN
Re: pendidikan khas
« Reply #3 on: April 15, 2010, 03:48:36 PM »
Kanak-Kanak Istimewa.

Kenapa ada dikalangan kanak-kanak yang perlu lebih usaha untuk mempelajari sesuatu?. Bagaimana pula dengan kanak-kanak boleh belajar namun sukar untuk belajar dan lebih berminat kepada aktiviti diluar kelas? Kanak - kanak ini perlukan pendekatan lain yang lebih kreatif, individual, praktikal dan lebih khusus dengan itu, perkara ini menjelaskan bahawa mereka adalah kanak-kanak istimewa.
Kanak-kanak ini oleh jadi mengalami ketidakupayaan fizikal, mengalami masalah kesukaran dalam pembelajaran atau masalah tingkah - laku atau kedua-duanya sekali. Bagaimanapun kanak-kanak ini memiliki potensinya sendiri. Kategori kanak-kanak ini terdiri daripada:-

1. Terencat akal (mental retardation)
2. Bermasalah Pembelajaran (Learning Disabilities)
3. Kecelaruan Komunikasi ( Communication Disorders)
4. Ketidak upayaan Fizikal (Physcal Disabilities)
5. Bermasalah Tingkah-Laku ( Behavior Disorders - emotional disturbance)
6. Ketidakupayaan Penglihatan (Visual Impairment)
7. Ketidakupayaan Pendengaran (Hearing Impairement)
8. Kepandaian luar biasa (Exceptional Gift)

Apakah punca semua ini?

Terdapat dua faktor high-risk yang dikategorikan sebagai :-

1. Risiko Biologikal
- Risiko Bilogikal merujuk kepada kondisi yang diagnosiskan sebagai gangguan perubatan (medical disorders) seperti Down's Syndrome.
i. Prenatal Period
- Penyakit yang memberi kesan negetif kepada kesihatan si ibu semasa mengandung seperti Rubella, CMV virus (Cytomegalic Inclusion Disease), Herpes Simples, AIDS, Diabetes dan Toxemia.
- Penggunaan ubat kimikal tertentu, penggunaan alkohol, penggunaan dadah dan juga kekurangan zat makanan.


ii. Chromosomal Disorders
iii. Metabolic Disorders
iv. Birth Complication

REFERENCES: Mohd Sharani Ahmad, UPM Serdang; Special Children

Offline mutiara

  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 527
    • View Profile
    • PDK MUTIARA WP LABUAN
Re: pendidikan khas
« Reply #4 on: April 15, 2010, 03:52:15 PM »
MODEL TEORITIKAL DALAM PENDIDIKAN KHAS

Model Perubatan
- Kanak - kanak khas perlu menjalani ujian diagnosis secara komprehensif sebelum melakukan sebarang intervensi pendidikan khas ke atas mereka.
- Ujian diagnosis ini perlu bagi memahami keadaan biologikal serta fizikal mereka. Dengan itu kita boleh melihat tahap keupayaan mereka.

Model Perkembangan
- Pengajaran dan pembelajaran perlu sesuai dengan perkembangan kanak - kanak khas. Kanak2 khas mempunyai tahap perkembangan yang sama dengan kanak2 normal namun ada kadar yang perlahan.
- Mereka juga mempunyai ketidakupayaan yang berbeza.
- Kaedah pengajaran yg dibina perlu mengambil kira tahap perkembangan intelektual, fizikal, sosial dan emosional kanak2 khas ini.

Model Behaviorisme
- Perlunya analisis tingkah laku sebelum pengajaran dijalankan.
- Guru bertanggungjawab untuk merubah persekitaran sebelum atau selepas tingkah laku bagi tujuan unutk mendapatkan tingkah laku sasaran.

Model Kognitif
- Fokus kepada keadaan internal pemikiran seseorang.
- Model ini mengambil pendekatan pengajaran secara latihan kognitif dan meta kognitif.

Model Humanistik
- Menitik beratkan soal perkembangan individu secara menyeluruh.
- Asas model ini ialah kepercayaan tentang kecenderungan setiap insan untuk mencapai jati diri masing2.
- Guru bertangungjawab membina kecenderungan pelajar untuk mengembangkan potensi mereka.
- Faktor peribadi dan sosial penting dalam menentukan perkembangan kanak2 ini secara menyeluruh.

INI HANYA NOTA RINGKAS....
Dipetik dari Pendidikan Khas

Offline mutiara

  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 527
    • View Profile
    • PDK MUTIARA WP LABUAN
Re: pendidikan khas
« Reply #5 on: April 15, 2010, 03:59:23 PM »
Pendidikan Khas (LD) adalah sedikit berbeza berbandingan sistem kelas perdana. Perbezaan tersebut mungkin kerana ada "keistimewaan" untuk mereka dan juga kerana mereka perlu melepasi beberapa prosedur. secara ringkasnya prosedur yang perlu anda tahu ialah (bagi kanak - kanak yang berumur 7 tahun dan keatas; sesuai untuk sekolah rendah);


Pertama, anda perlu mandapatkan Medical report dan pengesahan daripada doktor yang akan mendiagnostik anak samada anak anda bermasalah (autisme, ADD/ADHD, terencat akal dan seumpamya).



Kedua, Daftarkan anak anda ke Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan borang pendaftaran dan cadangan penempatan sekolah. Biasanya Unit Pendidikan Khas ini akan menempatkan anak anda di sekolah yang berdekatan dengan alamat rumah anda.


Ketiga, Tunggu Surat Penempatan. Anda perlu sentiasa menghubungi pihak Unit Pendidikan Khas, JPN bagi mengetahui di mana anak anda akan ditempatkan.


Keempat, Sekiranya anda sudah menerima surat penempatan anak anda. Bawalah anak anda bersama untuk mendaftar di sekolah. Berjumpalah dengan Penolong Kanan Program Pendidikan Khas ataupun Penyelaras Program Pendidikan Khas sekolah tersebut. Pada kebiasaanya anak anda akan diberi ujian sebagai pengenalpastian tahap keupayaan akademik (kemahiran Matematik dan Bahasa Malaysia) serta keupayaan pengurusan diri anak anda.


Sekiranya anak anda didaftarkan sebelum berumur 5 tahun, anda akan dihubungi oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri bagi cadangan penempatan semasa anak anda berumur 5 tahun. Sekiranya tidak dihubungi selepas anak anda berumur 5 tahun, sila berhubung dengan Unit Pendidikan Khas di Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing. Dapatkan juga maklumat bagi kemasukan ke program prasekolah pendidikan khas untuk anak anda yang berusia 4+ hingga 6 tahun sebelum ke program di sekolah rendah.
Sekiranya anda telah mengenalpasti bahawa anak anda adalah penghidap Autisme, Down Syndrom, Hyperaktif dan seumpamanya sedari kecil lagi, adalah lebih baik anda mendaftarkan anak anda ke pusat - pusat early intervention yang biasanya disediakan oleh pihak swasta dan NGO. Pusat Dalam Komuniti (PDK) juga merupakan antara pilihan yang baik untuk pemulihan awal anak anda. Pusat ini memiliki kepakaran yang sesuai untuk anda sedari bayi lagi (mengikut syarat tertentu; sila rujuk pusat - pusat tersebut).

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, murid yang pernah menjalani pemulihan awal di pusat - pusat rawatan awal kanak - kanak lebih mudah menerima pembelajaran di sekolah berbanding rakan yang tidak pernah menjalani rawatan awal. Tingkah laku mereka juga mudah diurus oleh guru. Begitu juga dari segi pengurusan diri, murid tersebut sudah berupaya ke tandas sendiri atau sekurang - kurangnya tahu memberitahu guru atau pembantu pengurusan murid yang dia mahu buang air.


Mendaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bagi anda yang lewat mengenalpasti anak anda adalah kanak - kanak berkeperluan khas (biasanya murid yang lewat dikenalpasti oleh ibu ialah anak yang Hyperaktif, lembam dan Down Syndrom) anda perlu mendaftarkan anak di JKM. DI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT Anda perlu membawa anak anda ke JKM bersama:


1. Borang Pemeriksaan Doktor dan salinan fotostatnya yang sudah lengkap diisi oleh pakar perubatan.


2. Salinan (fotostat) Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran bagi yang belum mempunyai Kad Pengenalan.


3. keping gambar anak anda berukuran saiz kad pengenalan. Sekiranya anda tidak menerima kad itu dalam tempoh 3 bulan dari tarikh mendaftar di JKM, sila hubungi mereka bagi mendapatkan maklumat. Anak anda akan diberikan Kad Kenal Diri yang merupakan tanda pengenalan yang dikeluarkan kepada OKU (Orang Kurang Upaya) yang berdaftar bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang tertentu.
Bagi ibubapa yang lewat menyedari anak anda adalah adalah kanak - kanak berkeperluan khas. Anda janganlah khuatir, ringan - ringankanlah diri anda menghubungi Unit Pendidikan Khas atau berkunjung ke sekolah pendidikan khas atau sekolah intergrasi pendidikan khas yang berdekatan untuk bertanyakan maklumat lanjut.