PDKNet
May 19, 2013, 09:39:36 AM *
Welcome, Guest. Please login or register.

Login with username, password and session length
News: Forum PDKNet mula beroperasi. Sila berforum dengan bijaksana.
 
   Home   Help Search Calendar Gallery Login Register  
Pages: [1]
  Print  
Author Topic: MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) KEBANGSAAN  (Read 2627 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
PDK Labu Kubong
Jr. Member
**
Offline Offline

Posts: 79



View Profile Email
« on: February 10, 2010, 10:32:36 PM »

MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) KEBANGSAAN KUALA LUMPUR, 6 FEBRUARI 2010

YB. Senator Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah merasmikan Konvensyen PDK Kebangsaan di Berjaya Times Square Convention Center, Kuala Lumpur pada hari ini.

Konvensyen dua hari bermula hari ini diadakan sempena menyambut 25 tahun pelaksanaan Program PDK di Malaysia. Sejumlah empat kertas kerja berkaitan PDK akan dibentangkan meliputi sejarah dan pencapaian, cabaran-cabaran serta pendekatan bagi pembangunan PDK.

PDK yang bermula pada tahun 1984 adalah satu program rintis JKMM di Batu Rakit, Kuala Terengganu. Kini terdapat 409 buah PDK di seluruh negara yang telah memanfaatkan lebih 17,000 OKU. Dalam memastikan program PDK terus subur dan dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai OKU di negara ini, pihak Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM224 juta pada tahun 2010 untuk pelaksanaan program PDK serta membina dan menaik taraf institusi Taman Sinar Harapan.

Untuk memantapkan lagi Program PDK ke tahap yang lebih baik, kadar elaun bagi OKU yang menyertai program PDK telah dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan dan elaun pekerja Pusat PDK pula dinaikkan daripada RM500 kepada RM800 sebulan. Seorang penyelia yang berpengalaman telah dilantik di setiap Pusat PDK dan diberi elaun
sebanyak RM1,000 sebulan. Kadar sewa premis juga telah ditingkatkan daripada RM500 kepada maksimum RM3,000 sebulan.

KPWKM mensasarkan semua pusat PDK seluruh Malaysia menjadi one stop centre atau pusat khidmat setempat menjelang akhir RMKe-10 agar perkhidmatan yang lebih menyeluruh di peringkat komuniti dapat diberikan seperti program PDKnet.

Program “economic empowerment” juga akan diberi penekanan sewajarnya di setiap pusat PDK untuk melibatkan golongan OKU dalam aktiviti-aktiviti ekonomi atau aktiviti yang dapat menjana pendapatan bagi menyara kehidupan dan seterusnya membolehkan mereka hidup berdikari dalam masyarakat. Ini adalah selari dengan Program Transformasi Kerajaan dalam merealisasikan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) yang diterajui oleh YB. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu untuk meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.
Logged

MEMBANTU OKU BERDIKARI DAN BERKOMUNITI
http://pdklabukubong.blogspot.com
PDK Labu Kubong
Jr. Member
**
Offline Offline

Posts: 79



View Profile Email
« Reply #1 on: February 10, 2010, 10:38:34 PM »

Siapa ada pergi ke konvensyen ini... cerita la serba sedikit suasana pada masa tu atau beri komen anda....
mengikut agenda majlis.. ada perasmian logo PDK yang baru... sesiapa yang ada gambar logo tersebut harap dapatlah dikongsi bersama di sini.
Logged

MEMBANTU OKU BERDIKARI DAN BERKOMUNITI
http://pdklabukubong.blogspot.com
Haruanzaini
Ahli Baru
*
Offline Offline

Posts: 23


View Profile Email
« Reply #2 on: February 11, 2010, 11:46:55 AM »

Salam....Camner Saya nak bagi mereka2 yg ingin tengok gambau Konv. Pdk 2009.

gambau ni besau2lah lebih 128Kb





Pdk Petaling, kl
Logged
sarah
Full Member
***
Offline Offline

Posts: 131


Muka saya le....


View Profile Email
« Reply #3 on: February 11, 2010, 12:24:30 PM »

Salam....
Konvensyen tersebut telahpun berlansung dengan jayanya.
Logged

Sarah
PDK Seri Mutiara
norrizan
Ahli Baru
*
Offline Offline

Posts: 12



View Profile Email
« Reply #4 on: February 11, 2010, 12:47:52 PM »

Assalamualaikum Puan Sarah

Dah pandai masukkan gambar nampak. Ajarlah Izan macamana nak masukkan gambar.
Ada facebook tak antarlah emailnya.

 ::)Masyarakat prihatin OKU terjamin Roll Eyes
Logged
yanti
Ahli Baru
*
Offline Offline

Posts: 25



View Profile Email
« Reply #5 on: February 11, 2010, 12:54:22 PM »

Tahniah Kepada Penyelia dan Petugas yang pergi ke Konvensyen...
Logged

JuLyanTi MoHd ZiN..
norrizan
Ahli Baru
*
Offline Offline

Posts: 12



View Profile Email
« Reply #6 on: February 11, 2010, 01:16:31 PM »

Buat PDK Labu Kubung

Tak perlu risau logo tu nanti akan keluar juga. Kenapa tak pergi konvensyen ke hari tu.  Logo tersebut memang menarik lambang hati gabungan 2 warna.
Logged
Haruanzaini
Ahli Baru
*
Offline Offline

Posts: 23


View Profile Email
« Reply #7 on: February 12, 2010, 11:24:31 AM »

Dah Anta dah gambau Konvensyen PDK 2009 tu..
D harap mika-mika puas ati..  Grin
Logged
admin
Administrator
Full Member
*****
Offline Offline

Posts: 174


View Profile Email
« Reply #8 on: February 12, 2010, 12:08:19 PM »

Dah Anta dah gambau Konvensyen PDK 2009 tu..
D harap mika-mika puas ati..  Grin

terima aksih diatas sumbangan gambar

walau bagaimana pun terdapat sedikit masalah untuk meluluskan gambar2 tersebut, kami akan cuba sedaya upaya menyelesaikan masalah ini

terma kasih sekali lagi
Logged
mutiara
Hero Member
*****
Offline Offline

Posts: 527



View Profile WWW
« Reply #9 on: February 12, 2010, 02:56:54 PM »

MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) KEBANGSAAN KUALA LUMPUR, 6 FEBRUARI 2010

YB. Senator Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah merasmikan Konvensyen PDK Kebangsaan di Berjaya Times Square Convention Center, Kuala Lumpur pada hari ini.

Konvensyen dua hari bermula hari ini diadakan sempena menyambut 25 tahun pelaksanaan Program PDK di Malaysia. Sejumlah empat kertas kerja berkaitan PDK akan dibentangkan meliputi sejarah dan pencapaian, cabaran-cabaran serta pendekatan bagi pembangunan PDK.

PDK yang bermula pada tahun 1984 adalah satu program rintis JKMM di Batu Rakit, Kuala Terengganu. Kini terdapat 409 buah PDK di seluruh negara yang telah memanfaatkan lebih 17,000 OKU. Dalam memastikan program PDK terus subur dan dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai OKU di negara ini, pihak Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM224 juta pada tahun 2010 untuk pelaksanaan program PDK serta membina dan menaik taraf institusi Taman Sinar Harapan.

Untuk memantapkan lagi Program PDK ke tahap yang lebih baik, kadar elaun bagi OKU yang menyertai program PDK telah dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan dan elaun pekerja Pusat PDK pula dinaikkan daripada RM500 kepada RM800 sebulan. Seorang penyelia yang berpengalaman telah dilantik di setiap Pusat PDK dan diberi elaun
sebanyak RM1,000 sebulan. Kadar sewa premis juga telah ditingkatkan daripada RM500 kepada maksimum RM3,000 sebulan.

KPWKM mensasarkan semua pusat PDK seluruh Malaysia menjadi one stop centre atau pusat khidmat setempat menjelang akhir RMKe-10 agar perkhidmatan yang lebih menyeluruh di peringkat komuniti dapat diberikan seperti program PDKnet.

Program “economic empowerment” juga akan diberi penekanan sewajarnya di setiap pusat PDK untuk melibatkan golongan OKU dalam aktiviti-aktiviti ekonomi atau aktiviti yang dapat menjana pendapatan bagi menyara kehidupan dan seterusnya membolehkan mereka hidup berdikari dalam masyarakat. Ini adalah selari dengan Program Transformasi Kerajaan dalam merealisasikan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) yang diterajui oleh YB. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu untuk meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.


Salam,

Tahniah PDK Labu Kubong yang telah buka topik ni, siap dengan teks ucapan YB lagi
dan nampaknya respon baik dari topik ni.

Alhamdulillah konvensyen dilaksanakan dgn jayanya maklumlah peringkat KEBANGSAAN.
Banyak input yang dapat, nak cerita pun tak pandai nak taip lebih2 dan karang cerita.
Tentang logo tu kita orang pun tak dapat nak upload psl malam tu x bawa pendrive.
Esoknya minta dia orang kata kat notebook lain. So.... dah minta melalui email tp hingga
sekarang no respon. Jika ada insyaallah sy akan upload disini.

Nak tengok gambar kenangan kita orang,  tuan / puan / cik dijemput klik url dibawah ini;

http://pdkmutiaralabuan.blogspot.com

Tq. 
Logged

PDK Labu Kubong
Jr. Member
**
Offline Offline

Posts: 79



View Profile Email
« Reply #10 on: February 15, 2010, 05:19:00 PM »

Tahniah dan terima kasih juga kepada longjack kerana sama-sama memberi info serta link suasana di majlis tersebut.. terima kasih juga kepada yang lain-lain.

Buat PDK Labu Kubung

Tak perlu risau logo tu nanti akan keluar juga. Kenapa tak pergi konvensyen ke hari tu.  Logo tersebut memang menarik lambang hati gabungan 2 warna.


Harap-harap logo tersebut dapatlah dikeluarkan dengan segera... teruja sangat nak guna logo tersebut sekali imbas memang cantik... selain ada lambang hati yang juga seperti dua orang sedang bergandingan bahu terdapat juga tiga biji bola. Mungkin dalam maksud logo tu. PDK kami diwakili oleh penyelia dan setiausaha pada hari majlis tersebut. Mereka cerita berbagai cadangan dan pendapat telah disampaikan oleh PDK-PDK lain pada hari itu. Diharapkan segala pendapat dan pandangan yang baik itu dapat dilaksanakan demi memajukan PDK dan membela nasib OKU.
Kami juga mengucapkan tahniah kepada yang telah berjaya mendapat anugerah cemerlang semoga terus cemerlang.
Logged

MEMBANTU OKU BERDIKARI DAN BERKOMUNITI
http://pdklabukubong.blogspot.com
norrizan
Ahli Baru
*
Offline Offline

Posts: 12



View Profile Email
« Reply #11 on: February 19, 2010, 10:45:37 AM »

Salam
 Tapi sayangnya kita kesuntukan masa, banyak pertanyaan yang tak dapat dikemukakan.
Saya pun rasa terkilan sebab yang saya lihat segala komen dan pandangaan kebanyakannya
berpihak kepada petugas dan penyelia PDK itu sendiri.  Jika kita tak dapat kemukakan pada hari tersebut
tunggulah konvensyen akan datang.  Banyak buah fikiran dari orang yang berpengelaman yang kita tak
dapat dengar.

 Grin  MASYARAKAT PRIHATIN OKU TERJAMIN   Roll Eyes[/glow][/color][/font]
Logged
zalinah
Moderator
Jr. Member
*****
Offline Offline

Posts: 55



View Profile Email
« Reply #12 on: March 01, 2010, 04:30:50 PM »

Pada pandangan saya masih terdapat ahli jawatankuasa pdk masih belum memahami konsep pdk yang sebenarnya walaupun pdk telah menyambut ulang tahunnya yang ke 25.  Penyelia dan petugas seharusnya berperanan memberi pengetahuan berkaitan konsep pdk agar jawatankuasa faham tugas dan tanggungjawab mereka yang sebenarnya dalam usaha membangunkan kanak-kanak oku di pdk.. Roll Eyes
Logged
PDK Labu Kubong
Jr. Member
**
Offline Offline

Posts: 79



View Profile Email
« Reply #13 on: March 01, 2010, 05:28:42 PM »

Memang benar pandangan zalinah... pada pandangan saya sebagai seorang petugas pdk pula macam ni... memang ada di antara ajk pdk yang tidak berapa faham perjalanan sesebuah pdk.. ada yang beranggapan pdk adalah sebuah tempat untuk menjaga kanak-kanak oku sahaja... ada juga yang tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk memajukan pdk.. sekarang ini mungkin  ramai ajk telah memahami konsep pdk dari pendedahan pihak media dan dari kursus-kursus atau seminar-seminar yang mereka sertai. Petugas-petugas juga harus kreatif dan aktif bagi memajukan sesebuah pdk.

Tidak dinafikan  ada di antara petugas-petugas yang agak malu/takut untuk mengajukan pendapat atau teguran terhadap ajk... ada juga ajk yang tidak boleh menerima teguran atau cadangan dari petugas...

Kesimpulannya... harap sikap-sikap seperti tersebut perlu diubah... dan tugas bagi memahami konsep pdk tidak diserahkan kepada pihak petugas sahaja... memahami konsep pdk pula bukan  kepada mereka yang terlibat dengan pdk sahaja tetapi masyarakat juga.
Logged

MEMBANTU OKU BERDIKARI DAN BERKOMUNITI
http://pdklabukubong.blogspot.com
Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.7 | SMF © 2006-2008, Simple Machines LLC Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 1.943 seconds with 23 queries.